TASK KETIGA!
- UNDANG-UNDANG PENGAKAP
10 undang-undang pengakap yang wajib dipatuhi adalah:
- Seorang pengakap hendaklah sentiasa bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.
- Pengakap hendaklah taat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, raja-raja, pemimpin, ibu bapa, majikan dan orang-orang yang di bawahnya.
- Pengakap adalah berguna dan sanggup menolong orang setiap masa.
- Pengakap bersahabat dengan semua pengakap di seluruh dunia tanpa mengira keturunan, bangsa, agama, kebudayaan, negara, warna kulit dan pangkat.
- Pengakap adalah seorang yang sempurna pekerti dan sentiasa berbudi.
- Pengakap adalah baik dan kasihkan binatang.
- Pengakap adalah orang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapa, ketua patrol dan pemimpin tanpa soal.
- Pengakap adalah seorang yang sentiasa tersenyum dan manis mukanya walaupun dalam masa kesusahan.
- Pengakap itu seorang yang jimat dan cermat.
- Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
.jpg)
- DIPERCAYAI
- TAAT
- BERGUNA
- BERSAUDARA
- BERBUDI
- KASIHKAN BINATANG
- MENURUT PERINTAH
- TABAH HATI
- BERJIMAT
- SUCI FIKIRAN, SUCI PERKATAAN SUCI PERBUATAN
PERSETIAAN PENGAKAP
Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap.
Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia.
Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala
ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan
tiga jari tengah diluruskan.
PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP
Taat kepada Tuhan
Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama.Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.
Taat kepada Raja
Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong, Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.
Taat kepada Negara
Ahli Pengakap hendaklah menghormatu undang-undang negara, pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara.
Menolong orang pada setiap masa
Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.
Menurut Undang-undang Pengakap
Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yang terkandung dalam undang-undang pengakap.
TUJUAN PERGERAKAN PENGAKAP
Falsafah Pengakap
Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepimpinan yang berasaskan Prinsip, Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
MATLAMAT PENGAKAP KELANA
Tujuan dan prinsip pergerakan Pengakap dinyatakan dalam bentuk yang lebih kukuh dalam objektif bahagian Pengakap Kelana. Matlamat ini menjelaskan maksud di sebalik program Pengakap Kelana dan memperoleh penjelasan dalam aktiviti setiap Krew Pengakap Kelana.
Matlamat Pengakap Kelana adalah untuk:
» Memperkenalkan kerakyatan yang aktif.
» Memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.
» Melengkapi ahli-ahli dengan cabaran dan peluang untuk meningkatkan
kebolehan diri sendiri.
» Membolehkan ahli-ahli melengkapi diri mereka dengan kehidupan yang
lebih memuaskan dan berfaedah.
» Mengambil bahagian dengan aktif dalam peningkatan pergerakan
Pengakap.
Perkhidmatan
Matlamat ini jelas menunjukkan bahawa khidmat kepada masyarakat mempunyai peranan penting dalam pergerakan Pengakap Kelana. Tema perkhidmatan Pengakap Kelana adalah keperluan untuk mematuhi prinsip Pengakap dan tuntutan ke atas janji Pengakap Kelana iaitu Menolong orang pada setiap masa.
Kita mendapat banyak manfaat daripada masyarakat sekeliling. Perkhidmatan Pengakap Kelana kepada masyarakat dan pergerakan Pengakap adalah jalan terbaik untuk memberikan sedikit pulangan balik kepada masyarakat. Cogan kata Pengakap Kelana ialah “BERKHIDMAT” dan oleh yang demikian, Pengakap Kelana harus sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada semua.
Peningkatan Semangat
Polisi pergerakan Pengakap, yang merangkumi ahli-ahli daripada pelbagai agama adalah: setiap ahli harus meningkatkan perhubungan mereka dengan nilai semangat kehidupan, daripada kesetiaan untuk semangat dasarnya melalui ketaatan kepada agama yang menunjukkan kepada mereka melalui penerimaan hasil kerja mereka sendiri.
Pendekatan pelajaran pergerakan Pengakap termasuk membantu golongan muda untuk mengecapi dunia harta benda dan nilai semangat dalam kehidupan.
TUJUAN PENGAKAP KELANA
Sepertimana dengan bahagian-bahagian lain dalam Persekutuan Pengakap Malaysia, bahagian Pengakap Kelana juga mempunyai tujuan-tujuannya tersendiri di mana ia dilakukan mengikut pandangan seorang dewasa.
Tujuan-tujuan adalah seperti berikut:
1) Membentuk warganegara yang taat kepada Negara.
Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama yang diketuai oleh seorang Yang Dipertuan Agong. Yang Dipertuan Agong merupakan simbol kedaulatan undang-undang negara. Pengakap Kelana adalah diingatkan supaya mempertahankan undang-undang dan dasar-dasar negara untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara.
2) Meninggikan Persaudaraan antara Pengakap-Pengakap Sedunia.
Pengakap Kelana adalah ahli Pergerakan Pengakap Sedunia yang telah ditubuhkan untuk memastikan ahli-ahlinya menjadi warganegara dunia yang berguna dan berkebolehan. Semua Pengakap Kelana adalah sahabat dan saudara antara satu sama lain. Setakat ini, lebih daripada 250 juta orang di seluruh dunia pernah menjadi Pengakap.
3) Persaudaraan Aktiviti-aktiviti Luar
Pengakap ditubuhkan untuk menggalakkan belia-belia melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar seperti berkhemah, mengembara dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti tersebut melatih seseorang itu menjadi seorang yang berpengalaman dan boleh bergantung kepada dirinya sendiri dan seterusnya membantu orang lain. Sistem Latihan Pengakap Kelana menggalakkan semua ahlinya melatih diri sendiri dalam kemahiran luar.
4) Perkhidmatan Masyarakat
Dalam pembentukan warganegara yang berguna, Pengakap Kelana itu diwajibkan berkhidmat kepada masyarakatnya dengan tujuan untuk keamanan dan kedamaian masyarakat.
5) Fikiran Progresif Antara Belia
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia memandang ke arah golongan belianya untuk menjadi pemimpin-pemimpin masa depan. Dengan melibatkan diri dalam hal ehwal masyarakat, seorang Pengakap Kelana diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Ini dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti melanjutkan pelajaran, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tiada kaitan unsur politik, ataupun berkhidmat kepada masyarakat.
6) Berdikari
Undang-undang Pengakap yang kesebelas yang dicatatkan, iaitu “Seorang Pengakap itu bukannya bodoh”. A Scout is not a fool. Dalam latihan Pengakap Kelana, seseorang itu diwajibkan memperoleh tabiat-tabiat berdikari dan dipastikan supaya menjalankan tugas-tugasnya dengan seberapa daya upaya yang boleh.
7) Perlindungan Alam Semula jadi
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP MALAYSIA
Selepas dua tahun pengakap di asas oleh Lord Baden Powell di England, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sand telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura. Pada tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura.
Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang iaitu di Pekan, yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow tetapi apabila beliau meninggal dunia, maka pergerakan paengakap di situ turut terkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya di asas pula oleh Wheeler dan Frisber dari Pejabat Pelajaran Pahang.
Di Pulau Pinang pergerakan pengakap telah di tubuhkan oleh seorang ahli pendidik yanh masyur iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915. Cheesman telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong Persuruhjaya Pengakap Malaya.
Di Perak Pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsa oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu bayak lagi sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakap.
Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahu 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield.
Di Johor, pengakap di tubuhkan pada awal tahun 1928, dengan kedatangan Cheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bharu.
Di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh Brunstone.
Di Selangor, pada tahun 1926 telah menubuhkan pergerakan pengakap dan orang yang bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akhbar. Ini di ikuti oleh pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracie dan di Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M. Tengku Temenggong.
Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada tahun 1931.
Negeri Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakap di Sandakan pada tahun 1915. Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhenti pergerakan pengakap sehingga tahun 1930.
Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persatuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan semula, tiap-tiap negeri menjadi persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan pengakapnya.
Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan pengakap dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura Berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap Malaysia.
Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan denga belanja $150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia
SEJARAH PENGAKAP DUNIA
Pengakap Dunia adalah bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England.Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulautersebut. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell . Ia merupakan seorang bekas Mejar tentera British yang penuh pengalaman dari medan peperangan. Secara tidak langsung, bermulalah sejarah pergerakan pengakap dunia.
Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telahmencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku"Scouting For Boys" yang ditulis oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah menyebar luasmelalui peneroka dan pedagang British.
Pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang baik daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja iaditubuhkan.Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telahdiadakan di Olympia, London.
Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Duniamanakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Beliautelah mendapat banyak pingat kebesaran Negara. Hal ini merupakan penghargaan ke atassumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap.Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya.
KHIDMAT KOMUNITI PENGAKAP
Khidmat Masyarakat Kelana Selangor
Tanggungjawab menjaga Kem Pengakap Rimba Templer adalah menjadi tanggungjawab semua warga pengakap negeri Selangor. Sehubungan dengan itu ahli-ahli warga Sekretariat Kelana Selangor telah mengambil inisiatif untuk bergotong-royong membersihkan kem yang sudah lama tidak dibersihkan. Aktiviti tersebut telah diadakan pada 01 Januari 2013 yang lepas. Kerja-kerja gotong-royong akan disambung pada 19 Januari 2013 ini.
IKATAN
BUKU SILA
Menyambungkan dua tali yang sama besar.
Mengikat bungkusan.
Mengikat atau mematikan anduh.
BUNGA GETI
Menyambung dua tali yang tidak sama besar.
Menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali.
TINDIH KASIH
Menyelamatkan orang di dalam kecemasan (menaikkan atau menurunkan orang).
Mengikat atau menarik kayu.
LILIT PEMATI BIASA
Mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.
SIMPUL MANUK
Mengikat tali pada batang kayu.
Mengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh.
Mengikat khemah pada tiang kayu.
Memulakan ikatan pada kayu.
LILIT DUA SIMPUL
Mengikat tali pada pancang khemah.
IKATAN SERAYA
Mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang bersilang.
IKATAN SERONG
Membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu.

No comments:
Post a Comment